Jadual bayaran berjumlah RM 800 yang tidak lama lagi dibayar

Terdapat sebuah bantuan kewangan berjumlah RM 800 yang diagihkan kepada rakyat. Ini adalah jadual bayaran bantuan berjumlah RM 800 tersebut.

BANTUAN BERJUMLAH RM 800

Bantuan tersebut adalah Bantuan Musim Tengkujuh di mana jumlah bantuan tersebut telah dinaikkan kepada RM 800.

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun terlepas bantuan berkenaan.

BANTUAN TELAH DINAIKKAN

Bermula tahun 2023, pemberian bantuan telah dinaikkan berjumlah RM 800 berbanding tahun-tahun sebelum ini iaitu RM 600 sahaja.

Penambahan bantuan ini adalah untuk membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh.

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM 800

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklan iaitu Nik Azmi Nik Ahmad telah mengumumkan jadual bayaran untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023.

Berikut adalah jadual bayaran berdasarkan perkara yang diumumkan di atas :

  1. Fasa 1 – RM 300
  2. Fasa 2 – RM 300
  3. Fasa 3 – RM 200

Pembayaran Fasa 1 adalah pada Januari, Fasa 2 pada Februari dan Fasa 3 pada Mac 2023 ini.

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN BMT

Semakan bagi permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi http://pekebunkecilmakmur.com.my/

Permohonan baharu bagi BMT ini belum diumumkan setakat ini. Sebarang informasi berkaitan permohonan baharu BMT akan di kemas kini dari masa ke masa.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai BMT 2023 ini, tuan puan boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT di talian

  • 03-4251 0171

Selain itu, anda turut boleh layari portal rasmi BMT melalui pautan dikongsikan di atas.

Leave a Comment