STR

Jadual Bayaran Bantuan STR Fasa 2, 3 dan 4

Pembayaran STR Fasa 1 akan selesai dalam beberapa hari ini. Ini adalah jadual bayaran STR Fasa 2, 3 dan 4 pula. Sila semak artikel untuk maklumat terperinci.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR

Sumbangan Tunai Rahmah STR adalah bantuan berbentuk kewangan yang diberikan kepada rakyat yang berkelayakan.

Ia sebuah bantuan kewangan yang sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Semakan kelayakan pula ada berdasarkan jumlah pendapatan bulanan dan tanggungan bagi setiap individu.

BAYARAN STR FASA PERTAMA

Pembayaran STR Fasa 1 telah dikreditkan pada 17 Januari 2023 lepas. Pembayaran telah dilaksanakan secara berperingkat dan akan selesai dalam waktu terdekat.

Pembayaran bantuan ini sepatutnya pada bulan Mac tetapi telah diawalkan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat musim hujang.

Semakan kelayakan bagi STR Fasa 1 ini adalah berdasarkan data penerima BKM 2022 lepas. Bayaran STR ini diberikan kepada golongan isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan.

Bayaran RM 300 kepada golongan isi rumah dan RM 100 untuk bujang dan warga emas tiada pasangan.

JADUAL BAYARAN STR FASA 2, 3 dan 4

Buat setakat ini tiada tarikh pembayaran bagi STR fasa 2, 3 apatah lagi fasa 4. Ia kerana, pembayaran STR fasa 1 baru sahaja selesai dikreditkan.

Walaubagaimanapun, pihak kami mempunyai jangkaan mengenai pembayaran STR Fasa 2 dan seterusnya.

Jika kita ikuti data pembayaran BKM 2022, pembayaran dilaksanakan setiap 3 bulan. Sebagai contoh, BKM Fasa 1 dikreditkan pada Mac, Fasa 2 pada Jun, Fasa 3 pada September dan akhir sekali pembayaran Fasa 4 sepatutnya pada Disember tetapi diawalkan pada November kerana PRU-15.

Oleh hal demikian jika Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 mengikut data yang sama iaitu pembayaran setiap 3 bulan, bayaran Fasa 2 adalah pada April, Fasa 3 sekitar bulan Julai dan Fasa 4 jatuh pada bulan 10.

Tetapi, anda tidak perlu mempercayai perkara ini kerana ia hanyalah sekadar jangkaan daripada kami. Tetapi alangkah lebih baik jika perkara ini benar.

BANTUAN TAMBAHAN STR 2023

Buat masa sekarang pengumuman mengenai Bantuan Tambahan STR belum diumumkan setakat ini.

Bagi yang tidak tahu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, pernah memberikan bantuan tambahan untuk rakyat Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button