Isi Rumah B40 Akan Menerima Bantuan Berjumlah Sehingga RM250 Julai Ini

Pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dari segi keperluan dan juga kewangan terutamanya yang difokuskan adalah golongan B40.

Di sini akan dijelaskan lebih lanjut bekenaan bantuan sehingga RM250 untuk isi rumah B40 yang berkelayakan.

Bantuan Sehingga RM250

Bantuan ini adalah di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR yang disalurkan secara berfasa.

Seperti yang sedia maklum, bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2 telahpun disalurkan dan bantuan yang dinyatakan ini adalah bayaran STR bagi Fasa 3.

Penerima STR Fasa 3

Kepada Pemohon baharu / Kemas kini STR yang bukan penerima STR fasa 1 dan fasa 2, bayaran akan dilakukan pada fasa 3 kepada penerima yang berkelayakan.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori

ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ), PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM300 – RM800 , Mengikut bilangan tanggungan

ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ) , PENDAPATAN RM2500 – RM5000

  • RM150 – RM250 , Mengikut bilangan tanggungan

WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )

  • RM200

BUJANG ( 21 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM150

BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM150

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Setakat ini yang sedia maklum tarikh bayaran bagi STR Fasa 3 adalah pada bulan Julai 2023 dan Sekiranya ada perubahan akan dimaklumkam dari masa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR yang tertera di bawah.

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment