Bantuan Lain

Info Mengenai Pengeluaran One-Off RM 10,000 KWSP

 

i-CITRA KWSP

Sedia maklum bahawa pembayaran i-Citra akan berakhir pada bulan Disember. Setelah 5 bulan ia dilaksanakan, kini tiada pembayaran akan dilakukan lagi.

Rakyat sangat berharap agar Kerajaan menyambung pengeluaran i-Citra ini bagi tahun hadapan.

Selain itu, rakyat turut terus memperjuangkan pengeluaran one-off wang KWSP sebanyak RM 10,000 yang sehingga hari ini tiada khabar mengenainya.

PERDANA MENTERI BINCANG BERSAMA MENTERI KEWANGAN

Ini merupakan berita baik kepada rakyat. Menurut daripada sumber yang sangat telus iaitu Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, isu pengeluaran i-Citra KWSP RM 10,000 bakal dibincang dan diperhalusi Perdana Menteri bersama Menteri Kewangan.


Beliau turut menyatakan bahawa perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri kepada beliau dalam perbincangan mereka selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


PERKARA YANG DBINCANGKAN

Berikut merupakan perkara yang dibincangkan di antara Ketua Pemuda UMNO dan Perdana Menteri.

Asyraf berkata, beliau menjelaskan isu berkenaan kepada Ismail mengenai situasi orang ramai yang kini berada dalam keadaan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehidupan selepas 
  • dibuang kerja, 
  • pemotongan gaji, 
  • cuti tanpa gaji serta 
  • hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi.
Asyraf turut menjelaskan bahawa pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, rata-rata begitu memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Beliau turut mencadadngkan agar pengeluaran diberi pilihan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Asyraf, Perdana Menteri turut menyatakan kepada dia yang Perdana Menteri akan berbincang dan membawa perkara ini keapada Menteri Kewangan Tengku Zafrul agar dapat diperhalusi cadangan yang dikemukakan.

Related Articles

One Comment

  1. Aslamwlkum dan salam sejahtera,pendapat Sya setiap kepunyaan seorang individu,layak menerima kemahuan mereka dan harus di beri kerana mereka yg mengumpulnya dan titik peluh masing2,susah senang seseorang itu mereka yg tanggung maka itu rakyat layak menerima wang mereka,sebenarnya Sya pun hairan duit yg kami kumpul sewaktu bekerja berpuluh tahun,jdi bahan hipokrit pula Sya sungguh hairan teramat sekali pendapat Sya duit rakyat tetap duit rakyat dan KWSP itu saya anggap seperti bank,apabila seseorang tu menyimpan duit dalam bank mereka tetap boleh mengeluarkan wang tersebut apabila mereka mahu mengunakannya……apabila kemahuaan rakyat tidak di ambil berat atau tidak diberi, maka itu terjadi lr benci membenci,memberontak dan lain2 lgi,yg terakhir Sya ingin mengatakan bahawa setiap insan pasti memerlukan hak mereka…sekian terima kasih

  2. Mantap bos,,masing2 ada keperluan yg nak di langsai kan,,harap pihak kerajaan tidak kenakan apa2 syarat untuk keluarkan duit KWSP,,sngat2 memerlukan duit kluar dari kwsp

  3. Bagi Saya …memang patut one off 10k tu dikeluarkan oleh setiap rakyat sebab tu duit kami bukannya Duit kerajaan…tolong memahami isi hati rakyat Malaysia…tu jak tq

  4. Saya betul harap boleh dapat keluar 10k sebab saya berhenti kerja during Pendemic times. Boleh lah tolong bayar hutang. Terimah kasih. Stay safe.

  5. Berharap sangat bantuan kwsb untuk kali terakhir ini…memandangkan kami dalam tahap pemulihan. ..bantu la kami rakyat malaysia yg memerlukan…amin

  6. Kepada pihak yg berkuasa tentang kwsp ini, perlukah kamu menyekat sehingga bgtu sulit untuk kamu mengaluarkan duit rakyat sendiri,apa aginda kamu sebanarnya…kenapa pihak kamu bisu sehingga tidak dapat membuat keputusan,kami perlu duit kami saat ini,kwsp itu sebagai bank simpanan kami,dan bila saat2 yang perlu kami sngt berhak untuk mengaluarkan tampa sekatan pihak kamu….tolonglah,dan dengarlah suara rakyat.

  7. Tolong la bgi duit tu..hutang tertunggak byk sgt..baru dapat kerja tp tak lepas nak sara hidup sebulan sbab nk setelkan hutang

  8. Setuju sgt dgn perkara ini, ditambah lg dgn masalah banjir yg berlaku baru2 ini…byk harta benda musnah..byk keperluan asas yg harus disediakan utk memulakan/membina semula kehidupan dimasa depan.

  9. saya hairan kenapa susah sangat kerajaan keluarkan duit kwsp kami tu.itu duit kami bukan duit kerajaan sebenarnya.akan datang kalau saya dapat kerja saya akan menabung di ASB saja..bagus lagi di ASB senang lagi berurusan…

  10. Assalamualaikum & Salam Sejahtera..pada pendapat saya pengeluaran KWSP 1 0ff 10k buat kali terakhir kami sangat2 berharap agar boleh menyelesaikan masalah2 yang tertunggak selama ini..kalau nak letakkan syarat lagi rasanya memang tak betul sdah sedangkan rata2 pencarum KWSP adalah kakitangan yang bekerja di syarikat swasta dimana gajipun tak setaraf kakitangan kerajaan dimana kakitangan kerajaan boleh dikatakan memang hampir kesemuanya tetap dan berpencen apabila sudah sah jawatan dan tak ada caruman lagi seperti yang kita sedia maklum.kalau pun ada mungkin hanya sebilangan yang ambil opsyen berpencen KWSP.. tak perlu bersyarat lagi semua rakyat Malaysia yang bekerja di syarikat swasta & berkerja sendiri yang ada mencarum dalam KWSP pastinya mengalami masalah yang sama semenjak pandemic covid19 ini bermula..sekadar pendapat rakyat biasa saja.

  11. benar sy setuju. setiap rakyay berhak keatas wang mereka sendri. tidak perlu ada org tgh untk pilih2 bulu mana cantik dan mana x cantik. sy amat terkesan. dan ingin memulakan hidup baru.

  12. Seluruh rakyat berseru agar kerajaan banarkan pengaluaran terakhir kwsp secara one of..tapi kenapa kerajaan bgtu degil sekali untuk membuat keputusan..rakyat terdesak saat ini..tolong la dengar suara kami

  13. Sy muhammad aidil, sy merayu kepada pedana menteri dan menteri yg bertanggung jawab atas berkenaan. Sy ingin menceritakan tentang apa yg sy telah hadapi, pada awal pkp 1.0 wabak baru berleluasa di negara kita, pada masa kita semua diberikan cuti, pada itu juga sy telah diberhentikan kerja, makna kata, sy hilang hasil sepencarian.. dan pada masa itu juga hubungan rumah tangga sy dah bergoyang. Waktu itu sy terpisah dgn isteri dan anak, sy di puchong dan mereka di kg. Mengenai bantuan BSH sy tidak pernah menerima sehingga kini. Apa2 jenis bantuan sy tidak dapat menerima..apabila sy ingin memohon secara online, berikut meminta sy utk ke LHDNM, tetapi beliau tidak melayani sy. Hanya sy terima hanya kwsp iaitu I lestari,isinar,icitra sahaja.. sy tahu apa yg sy menceritakan ini hanya buang masa. Diwaktu masa yg terlalu terdesak ini, sy berpisah akhirnya. Dugaan terlalu kuat bagi sy.. sy mohon sangat dgn pihak yg bertanggung jawab, tolong lah luluskan one off 10,000 tu. Dan sy juga adalah mangsa banjir, cuba lah renungkan tahap kesusahan sy, dan juga rakyat diluar sana. Apa yg kami lalui,bertapa sukarnya utk kami hidup. Mcm2 jenis bantuan yg sy dengar tapi satu pun sy dan keluarga sy tidak menerima. Org diatas sana tidak rasa apa yg kami, rasa. Sy hanya merayu untuk luluskan pengeluaran 10,000 kwsp tu je. Sy taknak mintak lebih pun. Tolong!!!!!!!

  14. pengeluaran rm10000 secara 'one off' harus diluluskan dgn segera , sbb rata2 ramai yang terkesan akibat wabak corona virus.Sensara yang rakyat Malaysia alami ni bak kata pepatah ' berat mata memandang , berat lagi bahu memikul '.Wahai menteri2 yg budiman ,simpan sebentar politik anda , selamilah hati rakyat.

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button