i-Sinar dibayar sehingga 10 Julai sahaja, semak sini !

 

Bulan 7 merupakan antara bulan terakhir pembayaran i-Sinar. Ramai diantara para penerima i-Sinar telah habis dibayar pada bulan Jun lalu. Kini hanya baki penerima yang lewat mendaftar i-Sinar tempoh hari.

Setelah hampir 6 bulan i-Sinar diperkenalkan kini ia akan diganti dengan program i-Citra : Pengeluaran RM 5,000

Pelaksanaan i-Sinar ternyata sangat membantu para pencarum terutama dalam pandemik ini.

Pembayaran i-Sinar Julai

i-Sinar merupakan satu kemudahan dimana para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka daripada Akaun 1.
KWSP baru sahaja mengumumkan bahawa pembayaran i-Sinar Julai akan dibayar secara berperingkat sehingga
  • 10 Julai 2021

Jadual Pembayaran i-Sinar Julai 2021

>

Pembayaran i-Sinar untuk bulan Julai dijangkakan akan bermula pada 1 Julai nanti. Tetapi pihak KWSP telah mengawalkan tarikh bayaran dengan menukarkan pada i-Akaun masing-masing.

Oleh itu, pembayaran telah diawalkan bermula 1 Julai 2021. Seperti biasa pembayaran ialah secara berperingkat.


Penerima kumpulan/batch pertama akan menerima wang bermula 1 Julai dan diikuti oleh batch yang seterusnya.

  • Sekiranya pembayaran bermula pada 1/7/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar Jun pada 1/6/2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 2/7/2021 maka penerima pada 2/6/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 3/7/2021 maka penerima pada 3/6/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Dan begitulah sehingga 10 Julai depan.
Semak Tarikh Pembayaran melalui i-Akaun

Anda boleh menyemak tarikh pembayaran rasmi anda melalui i-Akaun masing-masing. Disitu terdapat maklumat tepat mengenai pembayaran i-Sinar Julai.

Sumber : kerjasemasa.com

0 thoughts on “i-Sinar dibayar sehingga 10 Julai sahaja, semak sini !”

Leave a Comment