i-Citra mula dikreditkan ke bank anda

 

Pembayaran pertama i-Citra akan dilaksanakan seawal 2 Ogos 2021. Tarikh tersebut sangat dinanti-nantikan oleh para pemohon. Hal ini kerana, pengeluaran sehingga RM 5,000 mampu membantu kita yang memerlukan pada saat pandemik COVID-19 melanda.

PEMBAYARAN BULAN OGOS i-CITRA

Pembayaran Ogos ini sangat dinantikan oleh para pemohon. Walaupun ramai yang menganggap pembayaran pada bulan Ogos sangat lewat jika diambil kira dengan keperluan rakyat.

Sebagai peringatan, pembayaran i-Citra akan dilaksanakan maksimum sehingga 5 bulan dan RM 5,000 mengikut jumlah simpanan anda pada akaun 1 dan 2.

JADUAL PEMBAYARAN

Daripada semakan yang telah dibuat, pembayaran pertama i-Citra akan dilaksanakan pada
  • 2 Ogos 2021 (Isnin)
Untuk pengetahuan pembaca, pembayaran dilaksanakan adalah secara berperingkat sama seperti pembayaran i-Sinar dan i-Lestari lalu. 

Terdapat satu informasi yang diterima oleh pihak kami, jika pada semakan status kelulusan 
  • ‘Bayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada 5 Ogos 2021’ maka pembayaran diawalkan iaitu pada 2 Ogos
  • Jika pada 6 Ogos dibayar maka pembayaran dilaksanakan pada 3 Ogos
  • Seterusnya, jika 7 Ogos dibayar maka pembayaran dilaksanakan pada 4 Ogos
  • Dan begitulah seterusnya.

0 thoughts on “i-Citra mula dikreditkan ke bank anda”

Leave a Comment