i-Citra : Ini yang anda perlu tahu

 

Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.

Pakej ini diberikan hasil daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negera (PPN) tempoh hari.
Program i-Citra 

KWSP memperkenalkan kemudahan pengeluaran baru yang dikenali sebagai i-Citra sebagai ganti kepada i-Sinar.

Kemudahan ini diperkenalkan untuk meringankan beban para pencarum.

Kadar Bayaran

Perdana Menteri mengumumkan jumlah pembayaran adalah sebanyak 
  • RM 1,000 selama 5 bulan
  • Maksimum sebanyak RM 5,000 untuk 5 bulan.
  • Tertakluk jumlah simpanan pencarum ahli.
Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 
  • 15 Julai 2021
  • Permohonan dibuat melalui laman web rasmi i-Citra
Tarikh Pembayaran 

Menurut Perdana Menteri, pembayaran pertama i-Citra akan mula diagihkan sebulan selepas permohonan iaitu bermula
  • Ogos 2021
Syarat Kelayakan

Tiada syarat kelayakan dikenakan. Permohonan akan diluluskan sekiranya jumlah simpanan ahli mencukupi.

Kenyataan Perdana Menteri

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan sedar KWSP adalah simpanan untuk hari tua rakyat.

Pelaksanaan i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesar hari ini dan pulangan yang wajar untuk ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.

0 thoughts on “i-Citra : Ini yang anda perlu tahu”

  1. Naya la bagi YG memiliki Baki YG kurang atau YG tidak mencukupi..contoh spt pekerja YG kurang 10 tahun..jadi kelaparan la Pada pencarum YG kurang Baki.. jgn berlaku zalim pd pencarum YG kurang Baki..ramai M40 YG terkesan TETAPI Baki kurang..kerana makan gaji xlama..buat kerja sendiri..Cuba fikir kot situ Sama…

    Reply

Leave a Comment