Pembayaran i-Citra untuk bulan pertama telah dilaksanakan pada permulaan bulan Ogos. Kini, para penerima sedang menunggu pembayaran bulan kedua iaitu pada September nanti.
Sedia maklum, pelaksanaan i-Citra ini akan dilukukan selama 5 bulan sahaja bermula Ogos (mengikut permohonan). Oleh itu, dengan mengetahui tarikh sebenar dan jadual i-Citra akan memudahkan para pencarum.
SEMAK TARIKH PEMBAYARAN
Mengikut daripada pengumuman yang dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui laman Facebook rasmi menyebutkan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan September dibuat bermula
- 1 September 2021 (Rabu)
- Seterusnya, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank
- Pembayaran adalah secara berperingkat
CARA MEMBUAT SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA
Semakan tarikh bayaran i-Citra adalah melalui i-Akaun
Langkah ini hanya boleh dilakukan kepada penerima yang mempunya i-Akaun
- Buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
- Sila daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah didaftarkan
- Klik dan semak pada bahagian ‘PENGELUARAN / WITHDRAWAL (BAHASA INGGERIS)’
- Kemudian klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Selanjutnya, klik di paparan ‘i-Citra’
- Tarikh bayaran akan dipaparkan
- Anda boleh rujuk gambar contoh di bawah
SEMAK TARIKH BAYARAN BAGI BULAN BERIKUTNYA SELEPAS SEPTEMBER
Pembayaran i-Citra adalah sama juga pembayaran i-Sinar dan i-Lestari yang dilaksanakan sebelum ini.
Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Citra pada i-Akaun KWSP anda.
- Jika pada i-Akaun anda, kolum ‘Monthly Recurring End Date’ bertarikh pada 2 Disember seperti gambar contoh di atas, ia bermakna tarikh pembayaran untuk setiap bulan ialah pada tanggal 2.
- Tetapi, tarikh i-Citra ini turut akan berubah sekiranya tarikh jatuh pada hujung minggu (weekend).
- Anda hanya perlu rujuk tarikh penerimaan akhir seperti diatas untuk mengetahui tarikh pembayaran bulanan.
BUKTI PEMBAYARAN
Berikut merupakan bukti pembayaran i-Citra untuk bulan September
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi Hotline i-Citra di talian
- 03-8922 4848