Bantuan

Cara Tebus Nombor Baucar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

 


Sukacita dimaklumkan bahawa bermula pada 17 Mei, penebusan nombor baucar untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 sudah boleh dilakukan.

Nombor baucar ini adalah kepada sesiapa yang tidak memiliki mana-mana akaun bank untuk menerima bayaran. Selain itu, ia juga kepada penerima yang gagal kredit ke akaun bank untuk menerima pembayaran.

Oleh itu, anda boleh mengeluarkan bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tarikh Penebusan Baucar

Kepada penerima BPR Fasa 2 yang menggunakan nombor baucar, anda boleh memulakan penebusan bermula 17 Mei 2021.

Cara Semakan Nombor Baucar BPR

Nota : Langkah dibawah ialah diambil daripada langkah semakan baucar  BPN 2.0 yang kemungkinan serupa.

  1. Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad anda di ruang kosong
  3. Tekan butang ‘Semak’
  4. Kemudian, anda telah masuk ke portal sistem BPR anda.
  5. Berikut ialah maklumat yang dipaparkan.
  • Nama
  • Fasa
  • Jumlah bayaran
  • Status kredit
  • Tarikh tunai
  • Nama tunai bank
  • Nama bank
  • No akaun bank
  • Kod tidak berjaya 
  • Nombor baucar
Sila beri perhatian kepada maklumat nombor baucar, terdapat  nombor baucar BPR fasa 2 akan dipaparkan pada bahagian tersebut.

Cara Penebusan

  • Penerima boleh hadir ke kaunter  BSN setelah nombor siri wujud pada paparan seperti diatas
  • Anda boleh menerima pembayaran tunai bermula 17 Mei 2021.
  • Pembayaran tunai boleh dibuat dengan membawa Kad Pengenalan dan Nombor Siri/Baucar.
Peringatan : Anda perlu membawa kad pengenalan sewaktu ingin ke mana-mana cawangan BSN untuk menerima pembayaran tunai.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button