Cara Permohonan Tanpa Syarat i-Sinar Yang Bermula 8 Mac

 

Permohonan tanpa syarat i-Sinar sudah boleh dibuat bermula 8 Mac 2021. Permohonan ini dibuka sehingga bulan Jun 2021.

Berita ini sangat ditunggu-tunggu oleh para pencarum kerana tiada lagi syarat yang akan dikenakan.

Apakah Penambahbaikan i-Sinar Tanpa Kriteria ?

>


Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu :

  • Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM 150
Cara Permohonan Baharu i-Sinar Tanpa Syarat ?

Permohonan kali ini lebih daripada sebelum ini, cara permohonan baharu adalah seperti berikut

  1. Layari portal rasmi i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit anda yang aktif
  4. Klik, teruskan.
  5. Selepas itu, isi segala butiran yang diminta.
Dokumen Sokongan Masih Diperlukan ?

Tidak perlu, berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa syarat, permohonan akan diproses secara lebih mudah.

Jumlah Pengeluaran Kelulusan Tanpa Syarat

Walaupun kelulusan tanpa syarat telah diberikan tetapi jumlah pengeluaran adalah mengikut jumlah simpanan seperti :


1) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke bawah 
  • Dapat mengeluarkan jumlah pengeluaran sehingga RM 10,000
  • Pembayaran dibuat secara berperingkat maksimum sehingga 6 bulan
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM 5,000.
2) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke atas
  • Jumlah pengeluaran maksimum sehingga RM 60,000
  • Pembayaran juga dibuat secara berperingkat maksimum 6 bulan
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM 6,000

0 thoughts on “Cara Permohonan Tanpa Syarat i-Sinar Yang Bermula 8 Mac”

Leave a Comment