Cara Permohonan Baharu Bantuan STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa dan kini telah sampai ke fasa terakhir untuk tahun ini.

Permohonan Baharu

Proses permohonan baharu kini dibuka bermula 1 November yang lalu. Permohonan baharu ini adalah untuk mereka yang belum pernah memohon dan menerima bantuan STR pada sebelum ini.

Kategori Yang Layak Memohon

kategori yang layak memohon adalah seperti berikut :

  • Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
  • Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )

Cara Membuat Permohonan

Terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan seperti :

1. Permohonan secara atas talian.

  • Melalui aplikasi STR di telefon pintar yang dimuat turun dari Appstore atau Google Play Store.

2. Permohonan di kaunter Pejabat LHDNM

  • Anda perlu memuat turun borang permohonan dan mengisinya dengan lengkap. Borang permohonan boleh dimuat turun DISINI – Borang Permohonan STR
  • Kemudian, anda perlu menghantar borang yang lengkap diisi di kaunter LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi STR berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment