Bantuan

Cara mudah untuk tahu pembayaran BPR (Panduan)

 


Pembayaran untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dikreditkan. Kepada pemegang akaun Bank Simpanan Nasional, anda akan menjadi antara yang terawal untuk menerima bantuan tersebut.

MyBSN adalah cara login akaun BSN secara online yang diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan menyelesaikan transaksi atau apa-apa urusan berkaitan bank.

Kepada yang belum memiliki MyBSN, anda disarankan untuk membuatnya untuk urusan yang lebih mudah.

Panduan Daftar MyBSN


Berikut merupakan panduan untuk anda mendaftar MyBSN secara online sahaja.

1. Layari porta rasmi BSN di : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
2. Klik butang ‘Register’ yang terdapat untuk keahlian baru.
3. Baca kesemua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh BSN. Untuk menggunakan perkhimatan MyBSN, anda perlu tandakan pada ruangan ‘setuju’ atau accept.

4. Seterusnya, isi No Kad Bank anda berserta nombor CVV2 iaitu nombor 3 digit yang terdapat di belakang kad bank anda. Setelah selesai, masukkan juga tarikh luput kad pada ruangan ‘Expire date’.
5. Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan anda seperti biasa.

6. Setelah selesai masukkan username pada ruangan ‘username’ yang disediakan.

7. Masukkan kata laluan yang lebih daripada 8 angka pada kotak ruangan ‘password’. 

8. Seterusnya, ‘request OTP’ dan sahkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan untuk        akaun BSN dan tekan ruangan ‘Confirm’


9. Kod OTP akan dihantar melalui SMS kepada nombor telefon yang anda daftarkan.

10. Pilih satu sahaja gambar pilihan dalam ‘online image’ tersebut. Kegunaan gambar ini adalah untuk pengesahan semasa setiap kali anda login ke MyBSN.

11. Tekan butang ‘submit’ dan pendaftaran MyBSN anda berjaya.


Cara Login MyBSN

Setelah berjaya daftar MyBSN, berikut merupakan langkah untuk log masuk.

1. Sila ke portal rasmi BSN seperti biasa.

2. Masukkan username yang anda telah daftarkan.


3. Buat pengecaman Online Image yang anda telah pilih.

4. Masukkan password yang anda telah daftarkan.

5. Isikan maklumat peribadi anda setelah mengakses masuk,

6. Pilih soalan rahsia anda berserta jawapan.

7. Berjaya !

Related Articles

One Comment

  1. Assalamualaikum…Sya nak tanya ya,kenapa bpn 2.0 RM600 tahun lepas Sya punya tak dapat ya.?lulus tapi tak ada masuk pn smpai hari ni…

  2. Assalam..untuk rayuan bpr online tidak dibuka lagi ke.saya dah buat rayuan melalui online tp result gagal.katanya no ic isteri x sama dgn yg sebelom ni.nak buat lagi sekali dah x boleh masuk.cuma sekali sahaja boleh buat.macam mana saya nak buat semula.kenapa system cuma boleh buat sekali sahaja.beri la jad sampai 3 kali..ramai yg failed..

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button