Cara Laksana Haji Guna Wang KWSP

 

PENDAHULUAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSO) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Kumpulan Simpanan Wang Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

Walaupun sedemikian, selain daripada pengeluaran untuk pembeliaan rumah dan bayaran sewa bulanan KWSP turut menyediakan kemudahan pengeluaran untuk menunaikan haji ke tanah suci bagi yang beragama Islam.

Kemudahan tersebut akan menggunakan baki simpanan wang KWSP masing-masing. Sila baca sehingga akhir untuk mengetahui info penuh.


SYARAT KELAYAKAN UNTUK PENDAFTARAN HAJI MENGGUNAKAN WANG KWSP

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk menunaikan haji menggunakan wang KWSP anda :
  • Merupakan Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  • Beragama Islam
  • Mempunyai baki sekurang-kurangnya berjumlah RM 1,300 dalam Akaun 1 KWSP
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Memiliki akaun simpanan Tabung Haji

CARA UNTUK PENDAFTARAN

Anda tidak perlu mengisi apa-apa borang berkenaan kemudahan ini. Pencarum hanya perlu hadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji dan bawa bersama Kad Pengenalan untuk semakan.

Anda turut perlu bawa bersama penyata akaun KWSP yang boleh diperolehi melalui i-Akaun KWSP sedia ada. Sila muat turun.

3 thoughts on “Cara Laksana Haji Guna Wang KWSP”

Leave a Comment