BPR Fasa 2 : Pembayaran sehingga RM 600

 


Gembira rasanya apabila pembayaran BPR Fasa 2 telah dikreditkan ke akaun bank kita. 

Jumlah pembayaran yang dilaksanakan untuk penerima lama dan baharu adalah berbeza mengikut kelayakan.


Untuk pengetahuan pembaca, kepada penerima lama, pembayaran telah dilaksanakan sehingga RM 600 untuk satu isi rumah bergantung kepada kategori kelayakan anda.

Boleh rujuk info penuh di bawah :

Amaun Pembayaran Untuk BPR Fasa 2 

1) Isi rumah berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah

Mereka yang mempunyai 0-1 anak akan mendapat RM 400 pada fasa 2 ini. 

Begitu juga dengan isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas anak turut menerima bayaran RM 400 untuk fasa.

2) Isi rumah berpendapatan RM 2,501 – RM 4,000

Isi rumah yang memiliki 0-1 anak akan menerima bantuan BPR pada fasa 2 sebanyak RM 300.

Keluarga yang mempunyai 2 dan ke atas anak turut menerima sebanyak RM 300.


3) Isi rumah berpendapatan RM 4,001 – RM 5,000

Penerima yang mempunyai 0-1 jumlah anak akan menerima RM 100 termasuklah pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Manakala isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas jumlah anak, akan menerima RM 250 pada BPR Fasa 2.

4) Bujang

Sedia maklum, pada fasa 1 penerima kategori bujang telah dibayar sebanyak RM 150.

Manakala baki bantuan sebanyak RM 200 akan dibayar pada 7 Mei nanti. Ini bermakna, tiada pembayaran dilakukan untuk kategori bujang pada Fasa 3 nanti.

0 thoughts on “BPR Fasa 2 : Pembayaran sehingga RM 600”

  1. Semua cakap sj dapat bila cheack dia kata tidak lulu's sebab dpt gkp, sy ibu tunggal lg berapa susah berangan dng air liur sj, ini dah 3.0 pkp hati panas, senang senang update boleh dapat phone lah muula dia hantar email lulu's lepas tu hantar sms tidak lulu's pergi cheak
    brim mengata tidak lulu's , boleh dapat brim 600,semua cakap kosong sj

    Reply
  2. Fasa 1 dapat setelah buat rayuan fasa 2 tidak dapat kerana masih guna permohonan yang lama.. Kenapa tidak diambik data pemohonan yg baru.. Pelik takkan sistem tak updates yg terkini.

    Reply
  3. Dr zaman brim bsh BPN bpr fasa 1 semua ok je tiba fasa 2 tak lulus pulak…alasan pengenalan pasangan tak jelas…dah siap bg salinan sijil kahwin tak jelas kepala bana mak pak hangpa

    Reply
  4. Knpa fasa 2 sy x lulus tunggu dri 9hb-11hb pun x msuk2 jga…lpas tu paksa kna call LDHN alasan sbb sy terlebih pendapatan dgn bantuan jkm…sedangkn yg lain dpat jkm&bpr..lpas tu gaji bru rm1200!! Why…?? Sy x fhm la semua ni..huhuhu

    Reply
  5. SY TAK DAPAT GKP PUN ..TAPI TAK LULUS JUGA BPN ALASAN ANAK PUN TAK DAPAT KATANYA ANAK TAK DAFTAR KAT JKM …TAPI ANAK MASIH SEKOLAH…TAK FAHAM BOS KU …😪

    Reply
  6. masuk 7 /5 lagi sekarang dah 11/5.. lusa dah raya dah tapi duit bpr tak masuk2 pun..tak kesian ke kat kami yg berniaga kecil nie.. berharap pada bpr..dah nak berniaga tak boleh..

    Reply
  7. Kenapa orang bujang fasa3 tak ada ,orang bujang pun ada yang susah , menaikkan ekonomi juga kalau bujang beli barang sama juga pusingan ke situ juga duit , harap dikaji balik ,satu lagi yang ibu tunggal terus kan meraka ada yang dapat bantuan ada yang tak dapat bantuan dari lain , terima kasih

    Reply
  8. Dapat sms lulus…. Sms dr my salam pun lulus… Tapi sy pening ni kat mana mahu urus tu mysalam.. klik yg daftr tu, keluar benda sm juga… Skrg pun blm² masuk lg tu bpr… Pada hal dpt sms dr 08/05/2021, dn skrg 12/05/2021 belum² ada masuk bank… Patut jelaskan kat mana tmpt brurusan dn klau tak pun letak la nombor telepon utk brurusan… Ni cheak google nak cari nombor lhdn, call yg kita dpt talian sibuk… Perasaan kecewa ada tu wakkk… Time bgini susah cari pendapatan wkkkk… Tolg la kerajaan permudahkan urusan kami, jgn la kasi sulit….

    Reply
  9. Sembang ahh..thun lepas dapat skit je..sedangkan org lain dpt lebih..pdhal status aku same je dgn diorang..bor fasa 2 ni pun xdok masuk lagi..sembang lebat la lu

    Reply
  10. bila nk masuk duit BPR, saya status b40, esok dh nk raya .. barang2, pakaian anak bini.. pn tk beli lg..dari 7hb-12hb Sya cek kt bank tk masuk pn duit BPR rm400.. tolong lah Sya bukan orang senang.. kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je…

    Reply
  11. tak nak sakit ati gi check berkali kali,kenape x buat app online banking je..ni bukan zaman gune tlefon nokia 3310,3320..x pun bukan zaman gune tlefon premero bx..hahhah..

    Reply
  12. Fasa1 lulus Fasa2 tak lulus(peniagatepijln) tak niaga dari pkp1 hampir setahun. 2 org anak pelajar IPT sambil bekerja separuhmasa. Fasa1 bujang lulus tiba Fasa2 tak lulus. Kau rasa mcm mana kami nak survive 😬

    Reply

Leave a Comment