Bantuan Zakat Peduli RM 600 Secara One-Off

Terdapat sebuah bantuan terbuka kepada rakyat khususnya rakyat yang susah. Ia dikenali sebagai bantuan zakat peduli yang berjumlah RM 600 dan bakal dibayar secara one-off.

BANTUAN ZAKAT PEDULI

Perkataan zakat adalah dari kata tazakka yang bermaksud mensucikan iaitu derma yang wajib diberikan orang islam yang mampu kepada 8 golongan asnaf yang berhak menerimanya.

Pemberian Zakat Peduli ini dilancarkan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) .

Pemberian zakat adalah secara one-off untuk diberikan kepada rakyat atau asnaf yang ditimpa musibah ketika banjir tahun ini.

JUMLAH ZAKAT PEDULI

Sediam maklum, jumlah Zakat Peduli Lembaga Zakat Selangor adalah RM 600 dan akan dibayar secara sekali bayar atau one-off sahaja.

Pemberian zakat ini diharapkan mampu membantu individu atau keluarga yang layak untuk tempuhi kehidupan yang kian mencabar dari segi ekonomi terutama kenaikan harga barang.

SYARAT KELAYAKAN ZAKAT PEDULI

Ini adalah syarat kelayakan bagi Zakat Peduli yang diperkenalkan untuk keluarga yang terjejas akibat banjir sahaja

  1. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  2. Beragama Islam
  3. Lahir atau menetap di Selangor sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Zakat Peduli Lembaga Zakat Selangor telah dibuka bermula pada 21 November 2022 dan bakal ditutup 31 Januari 2023.

Oleh itu, bagi ketua keluarga yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini, sila buat permohonan secepat mungkin.

CARA MEMOHON

Cara untuk memohon Zakat Peduli adalah seperti berikut

  1. Layari laman web rasmi Zakat Peduli https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli/
  2. Klik MOHON BANTUAN BANJIR LZSPEDULI
  3. Masukkan kod CATCHA dan no kad pengenalan dan seterusnya klik butang SEMAK
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik HANTAR PERMOHONAN
  5. Isi setiap butiran yang diperlukan, pastikan ianya sahih
  6. Muat naik / upload dokumen yang diperlukan
  7. Lengkapkan permohonan sehingga selesai

DOKUMEN PERMOHONAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan mengikut kategori masing-masing

KATEGORI ASNAF FAKIR, MISKIN & MUALLAF

  • Laporan Polis / Pengesahan pimpinan masyarakat dan
  • Penyata akaun bank

KATEGORI BUKAN ASNAF

  • Mykad ketua keluarga dan tanggungan
  • Laporan Polis / Pengesahan pimpinan masyarakat
  • Penyata akaun bank

PROSES PEMBAYARAN

Kaedah bayaran Zakat Peduli sekiranya layak adalah seperti berikut

  1. Melalui akaun bank yang didaftarkan sewaktu permohonan – Sila pastikan ia aktif dan nombor akaun & nama bank jelas ketika dimuat naik

Bagi pemohon yang layak tetapi tiada akaun bank, pemohon tersebut akan dipertimbangkan untuk gunakan kaedah secara tunai, baucar tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga.

Bagi ketua keluarga yang layak dan tiada akaun bank tersebut, sila berhubung dengan pegawa operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

Leave a Comment