Bantuan Warga Emas (BWE) RM500 Sebulan : Semak Cara Permohonan

Seperti yang sedia maklum, permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) ini telah pun dibuka yang mana bantuan ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti dengan kadar bantuan sebanyak RM500 sebulan seorang. Untuk pengetahuan anda, bantuan ini adalah dibawah Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut adalah syarat kelayakan bagi pemohon untuk menerima bantuan ini :

  1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa
    2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    1. Institusi kendalian JKM atau
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
  5. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE)

Anda perlu membuat permohonan secara atas talian terlebih dahulu melalui portal rasmi JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) DI SINI – DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN

  • Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan.
  • Hadir bersama borang permohonan yang siap diisi butirannya.
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
    4. Salinan penyata gaji (jika ada).
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi yang tertera dibawah ini.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html

1 thought on “Bantuan Warga Emas (BWE) RM500 Sebulan : Semak Cara Permohonan”

Leave a Comment