Pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat dari segi kewangan dan juga keperluan.
Bantuan untuk bujang ini akan diberikan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sebelum ini, bantuan STR bagi fasa 1 dan fasa 2 telah disalurkan kepada mereka yang layak menerima dan disini dijelaskan pula berkaitan pembayaran STR Fasa 3.
Penerima STR Fasa 3
Kepada Pemohon baharu / Kemas kini STR yang bukan penerima STR fasa 1 dan fasa 2, bayaran akan dilakukan pada fasa 3 kepada penerima yang berkelayakan.
Kategori Penerima STR
ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ), PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
- RM300 – RM800 , Mengikut bilangan tanggungan
ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ) , PENDAPATAN RM2500 – RM5000
- RM150 – RM250 , Mengikut bilangan tanggungan
WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )
- RM200
BUJANG ( 21 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
- RM150
BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
- RM150
Tarikh Bayaran STR
Untuk setakat ini, pihak kerajaan tidak mengumumkan lagi tarikh rasmi bayaran STR fasa 3 tetapi dijangka akan disalurkan pada bulan Julai 2023.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR yang tertera di bawah.