Bantuan Tambahan Untuk Keluarga B40 Berjumlah RM600

Keluarga B40 yang menepati syarat kelayakan akan menerima bantuan tambahan berjumah RM600 melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Berikut dijelaskan maklumat lanjut bantuan tambahan Rm600 kepada mereka yang layak.

Bantuan Tambahan RM600 STR

Untuk pengetahuan anda, sumbangan tambahan RM600 ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka layak menerimanya.

Jumlah Bayaran STR Bagi Isi Rumah Mengikut Kategori

Tiada had umur dan berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Tiada anak – RM1,000
  • 1-2 anak – RM1,500
  • 3-4 anak – RM2,000
  • 5 anak ke atas – RM2,500
  • Bantuan berjumlah sehingga RM2,500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
  • Sumbangan tambahan RM600.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Tambahan RM600 STR

Sumbangan Tambahan berjumlah RM600 ini akan diberikan kepada kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari portal rasmi berikut – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment