Bantuan Tambahan STR Berjumlah RM100 Setiap Bulan, Semak Sekarang

Bantuan yang dinyatakan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang mana merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Namun, kerajaan turut menambah pemberian bantuan kepada penerima STR iaitu bantuan tambahan sebanyak RM100 yang disalurkan setiap bulan sepanjang tahun kepada mereka yang layak.

STR Tambahan Bejumlah RM100 Setiap Bulan

Bantuan tambahan STR yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya seluruh Malaysia dengan menggunakan MyKad sahaja.

Bantuan SARA Bagi Sabah, Sarawak Dan Labuan

Bantuan SARA bagi Sabah, Sarawak dan Labuan adalah berbentuk WANG TUNAI yang boleh di tebus melalui Bank Simpanan Nasional, berbeza dengan Bantuan SARA bagi semenanjung yang mana bayaran adalah berbentuk kredit.

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun dan jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori.

Kategori Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 600 (19 Februari)
  • RM 600 (12 Ogos)

Kategori Bujang

  • RM 300 (19 Februari)
  • RM 300 (12 Ogos)

Syarat Kelayakan

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan kementerian dan agensi kerajaan.

Tarikh Bayaran

Kementerian Kewangan menjelaskan pelaksanaan SARA akan bermula 22 Januari yang lepas bagi penerima Semenanjung Malaysia manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula pada 19 Februari lepas.

Leave a Comment