Bantuan Sehingga RM3100 Kepada Isi Rumah : Semak Info Lanjut Disini

Bantuan yang dinyatakan disini adalah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR yang mana kini telah melalui proses pembayaran Fasa 3 bermula pada 26 Jun yang lepas.

Kategori Penerima STR 2023

  1. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
    • RM1,000 hingga RM2,500 bergantung bilangan tanggungan
  2. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
    • RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan tanggungan
  3. KATEGORI BUJANG 21 – 59 TAHUN
    • RM350
  4. WARGA EMAS SEBATANG KARA
    • RM600
  5. UMBANGAN TAMBAHAN ISI RUMAH B40
    • RM600 akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar bagi makanan asas bagi yang layak.

Pembaharuan STR

  • Sumbangan sebanyak RM2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak
  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.

Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Tarikh – Tarikh Bayaran STR 2023

  • STR FASA 1 : Bayaran telah selesai disalurkan pada bulan Januari 2023 lepas
  • STR FASA 2 : Bayaran telah disalurkan pada April 2023 yang lalu.
  • STR FASA 3 : Bayaran telah mula disalurkan pada 26 Jun 2023.
  • STR FASA 4 : Bayaran akan disalurkan pada bulan November 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR yang tertera di bawah.

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment