Untuk pengetahuan anda, bantuan yang dinyatakan adalah Bantuan Kanak-Kanak atau BKK merupakan salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tujuan Bantuan BKK
Antara tujuan utama bantuan ini disalurkan adalah untuk;
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak mengikut peringkatnya. - Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak
termasuk kasih sayang dan perhatian.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang diberikan adalah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini;
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
- Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
Permohonan Kini Dibuka
Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan anda boleh melayari laman rasmi yang tertera di bawah ini :
https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bkk