Bantuan RM500 BPT : Semak Kelayakan Anda

Bantuan ini diberikan oleh pihak kerajaan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga serta Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

Apa itu BPT?

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar yang dikenali sebagai (BPT) adalah merupakan bantuan yang akan diberikan kepada penjaga/keluarga pesakit untuk membantu meringankan beban mereka. Bantuan ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kelayakan Pemohon

Mereka yang layak untuk memohon adalah:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Jumlah bagi bantuan ini adalah sebanyak RM500 sebulan seorang.

Cara Permohonan

  1. Pemohon boleh membuat permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berdekatan dengan kediaman.
  2. Pemohon juga boleh membuat permohonan secara online DI SINI
  3. Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Berkaitan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari langsung laman web rasmi dibawah,

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bpt.html

Leave a Comment