Bantuan

BANTUAN RM 500 DIBAYAR PADA BULAN JUN

 

Pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan satu pelan terbaru kepada rakyat untuk memastikan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau nama singkatan PEMERKASA. Pelan tersebut bernilai RM 20 billion dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM 11 billion.
Salah satu bantuan yang menarik perhatian rakyat Malaysia ialah pemberian bantuan RM 500.

Bantuan RM 500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR


Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa golongan B40 YANG HILANG PUNCA PENDAPATAN akan menerima bantuan tunai RM 500.

Manakala penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM 1,000 KE BAWAH akan menerima RM 500 juga setiap seorang.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :

  • Penerima bantuan adalah untuk mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan emel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
Jumlah Bantuan

Untuk bakal penerima golongan B40 dan penerima bantuan BPR berpendapatan RM 1000 ke bawah adalah berjumlah RM 500.

Kedua-dua jenis golongan diatas akan menerima bantuan RM 500 setiap seorang.

Tarikh Bayaran

Pembayaran akan dilakukan pada bulan JUN 2021 nanti.

Cara Permohonan

Penerima yang bakal layak tidak perlu membuat permohonan. Hal ini kerana pembayaran bantuan akan dilaksanakan setelah pengesahan semakan pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)



Related Articles

One Comment

  1. Saye betul2 ingin kan bantu ini sy dari pkp mule2 lagi kerhilangan perkejaan sampai sekarang .cume jual berger sekarang tidak dapat jual berger dari jam 6 sampai 8am x kan ad org beli bergitu awal sekian terima kasih

  2. Untuk bujang tak dapat ke😭, pkp ni saya tak dapat kerja, gaji kena potong, bpr fasa 2 dah lah tetiba tak layak alasan tak cukup syarat2 bujang 😏 nak kata gaji 10k,takde pun, nk kata ade bisnes besar2 takde pun, haih lahh☺️

  3. warga emas 61 tahun ke atas memang x dapat la macam nie..mereka lg la terjejas.ada syarat la pula..21 hingga 60 tahun..kesian warga emas la.

  4. Saya ibu yg ditinggalkan tnpa hitam putih, tp bpr atas nama suami n saya xdpt nk amik duit bantuan bpr, krn nama suami.. sedangkan anak2 semua ngn saya..saya yg tggung tp satu sen pun saya xdpt.. yg pertama tu saya bolh amik tp yg ke 2 tu xdpt… Saya dh kemaskini no acc saya tp tetap baucer jgk.. hbs tu buat apa mtk suruh kemas kini

  5. Sy kerja sendiri sebagai jurulatih di sekolah bermula pkp sy tiada income sampai sekarang. Gkp pun tidak dapat. Sy berharap bantuan ini sy dapat.

  6. Kalau rujuk kelayakan rm 500 kerna kejilangan pakerjaan says layak tapi mcm mane nak confirm yg kite betul 2 terima rm500 tu …ya saya adalah penerima I sinar Dan I lestari…

Leave a Reply to ejoy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button