Bantuan RM 300 Ini Dibayar Sehingga Penghujung Januari

Terdapat sebuah bantuan berjumlah RM 300 yang akan dibayar sehingga penghujung Januari ini. Sila semak maklumat penuh di bawah.

BANTUAN BERJUMLAH RM 300

Bantuan RM 300 dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR adalah sebuah bantuan berbentuk kewangan yang diagihkan kepada rakyat yang berkelayakan.

Pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu dan meringankan beban rakyat yang berkeperluan untuk membeli barang keperluan asas.

BAYARAN STR FASA 1

Pembayaran STR Fasa 1 telah bermula secara rasmi pada 17 Januari 2023 lalu. Pembayaran diutamakan kepada pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN) dan seterusnya bank-bank lain.

Kategori yang layak bagi STR Fasa 1 adalah isi rumah (berkeluarga), bujang dan warga emas tiada pasangan.

Jumlah bayaran pula adalah RM 300 untuk isi rumah dan masing-masing bujang serta warga emas tiada pasangan terima RM 100.

DIBAYAR SEHINGGA PENGHUJUNG JANUARI

Walaupun hampir semua penerima STR Fasa 1 telah terima bayaran tetapi terdapat juga sebilangan rakyat belum terima wang tersebut.

Oleh hal demikian, disebabkan pihak kerajaan tidak mengumumkan tarikh akhir bayaran, dijangkakan pembayaran akhir bantuan adalah sehingga penghujung bulan iaitu 31 Januari 2023.

Buat rakyat yang layak tetapi belum terima STR Fasa 1 anda perlu menunggu sehingga 31 Januari. Sekiranya pembayaran masih belum dikreditkan anda boleh hadirkan diri ke pejabat bank kad yang anda daftar pada STR Fasa 1. Selain itu, anda turut boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk bertanya mengenai hal tersebut.

STR FASA 2

Mengenai STR Fasa 2 pula, tiada apa-apa perkara berkaitan yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Marilah bersama-sama kita menunggu sebarang informasi mengenai STR Fasa 2.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh terus layari portal rasmi STR. Selain itu, anda turut boleh ikuti halaman Facebook Kementerian Kewangan Malaysia.

1 thought on “Bantuan RM 300 Ini Dibayar Sehingga Penghujung Januari”

Leave a Comment