BantuanBantuan Lain

Bantuan Bulanan RM800 Disalurkan Dalam Tempoh 4 Bulan Berturut Bermula November Ini

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini tidak disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan hanya diberikan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan.

Bantuan ini diberikan khas kepada golongan pesawah dan pekebun kecil getah yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Bantuan Musim Tengkujuh

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200).

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan

Berikut adalah 2 golongan yang layak menerima bantuan ini:

  1. PEKEBUN KECIL RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

2. PEKEBUN KECIL (PENOREH BUKAN PEMILIK)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan, anda boleh melayari laman rasmi yang tertera

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bmt-risda.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button