Bantuan PeKa B40 : Semak kelayakan Dan Tuntutan Manfaat

Seperti yang sedia maklum, terdapat bantuan kesihatan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk golongan B40 yang berjumlah sehingga RM20,000. Skim bantuan ini dinamakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). Ini adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Manfaat Skim PeKa B40

Terdapat beberapa manfaat yang akan diterima melalui skim ini antaranya,

  1. Membuat Saringan Kesihatan secara PERCUMA
  2. Mendapat bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
  3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000
  4. Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000

Manfaat 1 : Saringan kesihatan secara percuma

Saringan kesihatan tersebut merangkumi,

  • pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  • saringan kesihatan mental
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • ujian darah dan ujian air kencing

note: untuk pengetahuan anda, Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat yang seterusnya. Saringan kesihatan boleh dilakukan di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.

Manfaat 2 : Bantuan Alat Perubatan

Bantuan alat perubatan yang dinyatakan adalah peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM seperti :

  • Stent untuk jantung
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Perentak jantung
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi
  • Kerusi roda

note: Untuk mendapat manfaat 2 (bantuan alat perubatan) ini, anda mestilah melakukan saringan kesihatan (manfaat 1) terlebih dahulu. Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja. Had maksimum adalah sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.

Manfaat 3 : Insentif melengkapkan rawatan kanser

Tujuan manfaat ini adalah untuk memberi dorongan kepada pesakit kanser  untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.

insentif ini terbahagi kepada 2 iaitu,

  1. RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser
  2. RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser.

note: Anda perlu membuat saringan kesihatan (manfaat 1) terlebih dahulu sebelum menerima manfaat ini. Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan

Manfaat ini bertujuan untuk, meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Hanya penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) dan manfaat 3 (Insentif melengkapkan rawatan kanser) sahaja yang layak mendapatkan manfaat 4 ini.

Insentif yang akan diterima adalah seperti berikut :

  1. RM500 untuk Semenanjung Malaysia
  2. RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan

note: Jumlah inhsentif tambang adalah berdasarkan jarak antara hospital dan rumah penerima mengikut kadar yang telah ditetapkan. Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

SEMAK KELAYAKAN

  • Anda perlu membuat semakan kelayakan di portal rasmi PeKa B40 pada pautan dibawah dengan memasukkan nombor kad pengenalan di dalam ruangan yang disediakan.

https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

  • Kemudian sekiranya anda layak, sila lawati mana-mana klinik yang berdekatan yang boleh dikenal pasti dengan pelekat PeKa B40 di klinik tersebut. Sila bawa kad pengenalan untuk proses pengurusan
  • Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik tersebut.
  • seterusnya, keputusan pemeriksaan daripada doktor dan tindakan susulan akan diberikan semasa anda membuat lawatan kali kedua.

Senarai Klinik PeKa B40

Anda boleh merujuk senarai klinik PeKa B40 yang berdekatan anda melalui pautan dibawah ini,

https://bms.pekab40.com.my/provider

Leave a Comment