Bantuan yang dinyatakan adalah Sumbangan Tunai Rahmah STR yang mana telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.
Bagi bayaran fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telahpun disalurkan dan disini akan dijelaskan berkaitan bayaran STR fasa 4 bagi kategori yang dinyatakan.
Kategori Yang Layak Menerima Bantuan RM600
Bantuan Berjumlah RM600 ini akan disalurkan kepada kategori ini :
- Golongan B40 berpendapatan RM2500 kebawah
- Kategori isi rumah ( Tiada had umur )
- Isi rumah mempunyai tanggungan 1 hingga 2 orang anak
Senarai Kategori Penerima STR
- ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR )
- WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )
- BUJANG ( 21 – 59 TAHUN )
- BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN )
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Untuk pengetahuan anda, telah dimaklumkan bahawa bayaran bagi STR fasa 4 akan disalurkan pada bulan November 2023 dan sekiranya ada perunahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan atau anda ingin membuat semakan STR, anda boleh melayari langsung laman web rasmi berikut,
https://bantuantunai.hasil.gov.my/