Bantuan Kewangan RM 300 Mula Dikreditkan Ke Akaun Penerima

Berita baik kepada rakyat Malaysia, bantuan kewangan RM 300 mula dikreditkan ke akaun bank penerima. Bantuan tersebut dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Ia bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan khususnya golongan B40 dan miskin tegar.

KADAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Walaupun perubahan nama, tetapi tiada perubahan dari segi jumlah bayaran. Ia sama iaitu

  1. RM 300 – UNTUK ISI RUMAH
  2. RM 100 – UNTUK BUJANG
  3. RM 100 – UNTUK WARGA EMAS TIADA PASANGAN

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Bayaran rasmi bermula 17 Januari 2023 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, pembayaran tidak rasmi telah bermula pada 15 Januari 2023.

Sehingga hari ini, pembayaran masih diteruskan secara berperingkat kepada setiap penerima.

JADUAL BAYARAN STR FASA 1 MENGIKUT BANK – JANGKAAN

Walaupun pembayaran rasmi bermula 17 Januari 2023 tapi pembayaran secara tidak rasmi telah bermula sejak malam 15 Januari 2023 lagi. Oleh itu, berikut adalah jadual bayaran mengikut jenis bank

  1. Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bermula 15 Januari 2023
  2. Bank Islam – 16 Januari Hingga Kini
  3. Maybank – Lewat sedikit, mungkin bermula 17 Januari
  4. CIMB Bank – Bermula 17 Januari
  5. Public Bank – 17 Januari
  6. Bank Rakyat – 17 Januari
  7. Lain-lain Bank – Kemungkinan besar bermula 17 Januari dan hari-hari seterusnya.

CARA BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Kaedah pembayaran yang dilaksanakan adalah sama seperti mana-mana bantuan lain iaitu

  1. Secara Kredit Ke Akaun Bank Yang Didaftarkan
  2. Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh membuat penebusan tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Januari 2023

2 thoughts on “Bantuan Kewangan RM 300 Mula Dikreditkan Ke Akaun Penerima”

  1. boleh saya tahu mcm mana nak memohon bantuan ini…saya sudah semak …tp ckp ssya x layak…saya seorang duda…anak 4…2 masih belajar. br1m saya dpt…..llepas br1m saya x pernah dpt apa2 bantuan kerajaan

    Reply

Leave a Comment