Bantuan Kerajaan RM 60,000 Untuk Bina Rumah Milik Sendiri

Bantuan Kerajaan RM 60,000 Untuk Bina Rumah Milik Sendiri

 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuka permohonan RM 60,000 untuk membina rumah anda sendiri.

Ia dikenali sebagai Skim Pinjaman Perumahan. Skim ini adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah dengan tujuan untuk membantu golongan terbabit memiliki rumah pertama mereka.

SYARAT KELAYAKAN

  • Berumur 21 tahun sehingga 71 tahun 
  • Bukan pesara kerajaan atau kakitangan kerajaan
  • Pemohon dan pasangan haruslah warganegara Malaysia
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri
  • Belum memiliki rumah
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM 1,000 hingga RM 3,000
  • Memiliki tanah sendiir atau hak ahli keluarga

SYARAT PINJAMAN

  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah antara 35 tahun sehingga 70 tahun
  • Had maksimum pinjaman sebanyak RM 60,000 tidak termasuk perlindungan insurans
  • Perlu mengambil Perlindungan Insurans daripada Panel Insuran
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman

SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA

  • Mempunyai pendapatan minimum RM 1,000
  • Bukan daripada kakitangan kerajaan
  • Perlindungan insurans disediakan untuk generasi kedua sahaja
  • Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45 hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua tersebut berumur 25-35 tahun
  • Generasi kedua merupakan anak kandung kepada pemohon

SYARAT CAGARAN TANAH

Haruslah mempunyakebenaran bertulis daripada pemilik tanah untuk mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik keluarga yang terdekat sahaja.
Nilai tanah adalah berdasarkan penilaian daripada pihak Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta yang dicagar tidak kurang daripada jumlah yang dipinjam.
Tanah milikan secara pajakan, berikut adalah syarat yang dikenakan
  • Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk mencagar tanah
  • Baki tempoh pajak yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40 tahun

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

  • Menggunakan pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara sahaja
  • Rumah kos rendah yang berkeluasan lantan 700-1000 kaki persegi yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu
  • Kontraktor perlu mengikut kawasan ADUN
  • Mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Mempunyai perakuan CIDB yang sah
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan yang telah ditetapkan iaitu RM 5,000

CARA PERMOHONAN

Pengisian permohonan dilakukan melalui borang permohonan yang diberikan di bawah

MAKLUMAT LANJUT

  • Tel : 03-8000-8000
  • Fax : 03-8891-4269
  • Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara

Leave a Comment