Bantuan JKM Ditambah Sehingga RM 500 Seorang

 

Pada pembentangan bajet Belanjawan 2021 lalu, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa penambahan jumlah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dilaksanakan bermula Januari 2021 lagi.

Jumlah bantuan yang telah ditambah meliputi bantuan kanak-kanak. bantuan orang tua dan bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)

Berikut merupakan kadar bantuan JKM baharu yang telah ditambahkan.

1. Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin


Penambahan kadar bantuan kanak-kanak daripada RM 100 seorang kepada RM 150 dan RM 200
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat bantuan RM 150 seorang.
  • Manakala, kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat bantuan RM 200 seorang.
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan 
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
2. Bantuan Warga Emas / Orang Tua

Penambahan kadar bantuan warga emas daripada RM 350 seorang kepada RM 500 seorang.
  • Kepada penerima bantuan JKM warga emas, anda akan menerima bantuan sebanyak RM 500 sebulan bermula tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Tidak tinggal di institusi JKM atau pusat jagaan harian.

3. Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar

Penambahan kadar bantuan penjagaan OKU / Pesakit kronik terlantar daripada RM 350 seorang kepada RM 500 seorang.
  • Kepada penerima bantuan JKM penjagaan OKU atau penjagaan pesakit kronik terlantar, anda akan menerima bantuan sebanyak RM 500 sebulan bermula tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa kepada OKU terlantar atau pesakit kronik yang memerlukan penjagaan rapi.
  • Pendapatan pemohon/penjaga tidak melebihi RM 3,000 sebulan
4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Penambahan kadar bantuan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM 250 seorang kepada RM 300 seorang.
  • Kepada penerima bantuan JKM OKU Tidak Berupaya Bekerja, anda akan menerima bantuan sebanyak RM 300 sebulan bermula tahun 2021
Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan
  • Tidak berdaya bekerja
  • Pemegang kad OKU

0 thoughts on “Bantuan JKM Ditambah Sehingga RM 500 Seorang”

Leave a Comment