Bantuan Isi Rumah B40 RM500 Kini Mula Disalurkan

Bantuan yang dinyatakan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang mana merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Sama seperti bayaran STR sebelum ini dilakukan secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4.

STR Fasa 1 Kini Mula Disalurkan

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1 diawalkan pada 29 Januari 2024 dan akan disalurkan secara berperingkat. Akan tetapi, sebahagian rakyat telahpun menerima bantuan ini lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan.

Kategori Penerima STR

kategori yang layak menerima STR 2024 adalah seperti berikut :

  • Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
  • Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )

Kategori Penerima Bantuan RM500

Kategori yang dinyatakan akan menerima sebanyak RM500 pada bayaran fasa 1 ini.

  • Semua kategori isi rumah B40 yang berpendapatan RM2500 kebawah.

Kadar Bayaran STR Fasa 1

Kadar bayaran yang akan disalurkan mengikut kategori adalah seperti berikut :

  1. ISI RUMAH (<RM2500) – RM500
  2. ISI RUMAH (RM2501-RM5000) -RM100 – RM300
  3. WARGA EMAS -RM150
  4. BUJANG -RM100

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi STR berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment