BantuanBantuan Lain

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700, Semak Tarikh Bayaran

Untuk makluman, bantuan ini hanya memfokuskan dan diberikan kepada penjawat awam sahaja. Ini merupakan salah satu keprihatinan kerajaan untuk membantu mereka dari segi kewangan dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas sebanyak RM700 kepada penjawat awam yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Jumlah Bantuan

Seperti yang sedia maklum dan telah dinyatakan oleh Perdana Menteri kita sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang akan disalurkan kepada penjawat awam ini berjumlah sebanyak RM700.

Syarat Kelayakan Penerima

Syarat kelayakan bagi penerima bantuan ini adalah seperti berikut,

  • Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep.

Rasmi Tarikh Bayaran

Untuk pengetahuan anda, tiada permohonan diperlukan setakat ini dan akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima.

Telah rasmi bahawa bayaran Bantuan Khas Aidilfitri RM700 ini akan dikreditkan pada 17 April 2023.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button