Bantuan Bulanan RM300 Untuk Rakyat Berkelayakan : Semak Sekarang

Untuk makluman, bantuan ini adalah merupakan bantuan khas untuk rakyat yang dikenali sebagai bantuan barang dapur berjumlah RM300.

Bantuan ini di bawah program BINGKAS disalurkan setiap bulan kepada rakyat yang layak.

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Bantuan BINGKAS ini merupakan bantuan berjumlah RM300 akan disalurkan dalam e-wallet dimana setiap bulan ada dikreditKan kepada pemohon yang layak untuk membeli barang keperluan harian.

bantuan ini disalurkan kepada 30000 keluarga penduduk Selangor.

Untuk makluman anda, bantuan ini lebih tertumpu pada keperluan barang dapur. Akan tetapi, barangan keperluan yang lain juga turut boleh digunakan dalam pembelian ewallet ini.

Bantuan Barang Dapur

Bantuan barang dapur berjumlah RM300 ini pada umumnya diberikan kepada rakyat selangor untuk membantu meringankan beban belanja dapur mereka.

Manfaat Bantuan RM300 BINGKAS

Berikut adalah manfaat yang akan diperoleh untuk rakyat yang menerima bantuan ini.

  • e-wallet BINGKAS boleh diguna di kedai dan pasaraya berdaftar
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas berjumlah RM300
  • E-wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Syarat Kelayakan Penerima

Berikut adalah syarat kelayakan penerima bantuan ini :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Selangor atau dah Menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Keluarga yang mempunyai tanggungan dengan usia bawah 18 tahun
  4. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
  5. Bayaran akan dikreditkan pada setiap bulan kepada penerima yang layak

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, dan membuat permohonan, anda boleh melayari laman rasmi BINGKAS yang tertera di bawah ini,

https://www.bingkasselangor.com/

Leave a Comment