Bantuan Bermula Dari RM200 Hingga Maksimum RM1000 Sebulan Sekeluarga : Semak Sekarang

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak atau BKK yang merupakan salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Antara tujuan utama bantuan ini disalurkan adalah untuk;

  1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
    kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak
    termasuk kasih sayang dan perhatian.

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan adalah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini;

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Permohonan Masih Dibuka

Untuk pengetahuan anda, permohonan bantuan ini masih dibuka dan bagi mereka yang berkelayakan adalah amat digalakkan untuk membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan anda boleh melayari laman rasmi yang tertera di bawah ini :

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkk.html

Leave a Comment