Bantuan Am Persekutuan RM100 Hingga RM350 Sebulan : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Bantuan Am Persekutuan
Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan dan merupakan warganegara yang tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.
Bantuan Am Persekutuan ini adalah bertujuan untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti bagi individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK purata miskin Per Kapita Semasa
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah sebanyak;
- Minimum RM100 sebulan seorang
- Maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.
Note : Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.
Maklumat Lanjut
Untuk makluman tuan puan, permohonan bagi bantuan ini telah dibuka dan segala maklumat lanjut mengenai permohonan boleh dibuat di laman rasmi berikut :