Ini adalah berita baik untuk golongan B40 yang mana anda boleh menerima pelbagai manfaat melalui skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) yang juga adalah merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat untuk menampung keperluan kesihatan bagi golongan berpendapatan rendah melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Apa itu PeKa B40?
PeKa B40 ini adalah satu usaha dan juga inisiatif kerajaan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Bantuan ini layak diterima oleh golongan B40 yang berpendapatan rendah yang mana merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas.
Manfaat dan Jumlah Bantuan
Terdapat beberapa manfaat yang boleh diterima melaui skim ini antaranya adalah,
- Membuat Saringan Kesihatan secara PERCUMA
- Mendapat bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
- Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000
- Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000
Untuk makluman, Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
Maklumat Lanjut
sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari portal rasmi PeKa B40 di sini