Sedia maklum, MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.
Perlindungan ini adalah untuk membantu dan memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidap.
MANFAAT MYSALAM
Manfaat yang bakal diteria oleh para pemohon yang layak adalah seperti berikut :
- menerima bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan
- menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Berikut merupakan syarat kelayakan yang anda perlu lengkap sekiranya ingin memohon MySalam
- Individu berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
- Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM 24,000
- Individu OKU berumur antara 18 sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM 24,000 setahun
CARA DAFTAR MYSALAM
Untuk pengetahuan anda, anda tidak perlu membuat permohonan untuk MySalam. Berikut merupakan panduan untuk penebusan bantuan MySalam
- Penerima BSH/BPR akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam
- Semakan boleh dibuat menerusi pautan MySalam yang berikut : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Semua penerima yang berkelayakan akan mendapat bantuan SKIM ini dan aan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019 lagi
- Tetapi jika anda layak tetspi tidak menerima SMS terbabit, anda boleh menghantar email di info@mysalam.com.my atau hubungi di talian 1-300-888-938
SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH DITUNTUT RM 700
Jika anda atau saudara mara anda menghidap penyakit di bawah serta merupakan penerima MySalam, anda boleh buat permohonan untuk menebus bantuan di atas
- Meningtis Bakteria
- Alzheimer / Demensia teruk
- Kanser
- Pembedahan Otak
- Koma
- AIDS gejala penuh
- Serangan jantung
- Jangkitan HIV
- Strok / angin ahmar
- HIV
- Selebihnya sila rujuk disini Senarai 45 Penyakit Kritikal