Bantuan Lain

BKP : CARA TEBUS BANTUAN RM 500 DENGAN SENANG !

 

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula dikreditkan secara bermula pada Selasa 26 Oktober 2021 lalu. 

Pembayaran bantuan dilaksanakan secara terus ke akaun bank dan secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan anda.

Individu yang menerima semakan “TUNAI” haruslah menebus bayaran bantuan melalui kaunter-kaunter bank BSN berdekatan.

BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Bantuan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau kehilangan pekerjaan dalam tempoh pandemik ini.

Langkah ini merupakan untuk membantu rakyat yang kehilangan sumber pendapatan akibat pembuangan kerja yang dilakukan oleh para majikan untuk mengatasi krisis ekonomi.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang diumumkan ialah seperti berikut :
  • Berjumlah RM 500 seorang bagi yang layak
  • Pembayaran dilaksanakan secara one-off
SEMAKAN BKP

Untuk mengetahui sama ada anda perlu membuat penunaian di bank atau tidak anda perlu membuat semakan terlebih dahulu.

Semak boleh dibuat disini : https://bkp.hasil.gov.my/
KAEDAH BAYARAN


Terdapat 2 kaedah bayaran sahaja seperti yang dimaklumkan di atas, berikut ialah perincian bayaran.

1. Kaedah Bayaran Kredit ke Akaun Bank
  • Kaedah ini bermaksud pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang anda daftarkan
  • Untuk mengetahui anda menerima kaedah seperti ini, setelah anda membuat semakan paparan ‘KREDIT AKAUN BANK‘ pada telefon pintar anda.
2. Kaedah Bayaran Tunai 
  • Pembayaran akan dilaksanakan secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan
  • Anda akan menerima paparan kaedah bayaran ‘TUNAI’ setelah membuat semakan BKP.
CARA MENEBUS RM 500 MELALUI KAUNTER BSN

Berikut adalah panduan untuk anda menerima bantuan tunai RM 500
  • Anda hanya perlu hadir di mana-mana kaunter BSN berdekatan dengan lokasi
  • Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN dan kemukakan pada staff yang bertugas nanti
  • Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang boleh mewakilkan penerima untuk membuat penenbusan

Related Articles

One Comment

  1. Bosanla mcamni duit byak2 perkeso sya tu kalau tk bole dpat BKP ni wat poo .sya nk apply pun susah ke tu kn duit kita hasil kita msa MCO bln 6 tu smpai bln la 9 sya xkje xkan xbole apply bongak btol la ..

  2. Bantuan sana bantuan sini..last sekali habuk pun takdak…cakap saja bantuan tapi bukan nak bantu sangat pun…sekurang2nya pihak yg berkenan turun la padang utk bantu rakyat yg mana layak dibantu tetapi tidak ada dalam senarai disebabkan kerajaan yg terlepas pandang….ini baru nampak hati ada ikhlas macsm nak bantu rakyat…cskap banyak pun takdak guna…confirm nanti buat muka mcm tak bersalah punya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button