Bantuan

STR 2023 : Jadual Bayaran Mengikut Fasa

STR atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah merupakan inisiatif yang baru diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2023 ini. Inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini memperuntukkan dana yang besar yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

STR SECARA BERPERINGKAT

Untuk makluman umum, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelaksanaan pada 16 Januari lalu. Berdasarkan kenyataan beliau, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah akan diberikan berperingkat.

Penerima bantuan STR ini berdasarkan data maklumat bantuan terdahulu iaitu BKM 2022. Kerajaan telah umumkan bantuan tunai rahmah Fasa 1 mula diberikan pada 17 Januari 2023 secara berperingkat sehingga selesai.

Kategori yang terlibat menerima insentif ini adalah bujang, warga emas (bujang) dan isi rumah. Kadar yang disediakan adalah sebanyak RM100 untuk bujang dan warga emas. Manakala, kategori isi rumah terima bayaran RM300. Ini adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada fasa 1 dan bukan keseluruhan.

JADUAL BAYARAN STR

Berikut adalah tarikh jadual bayaran sumbangan tunai rahmah mengikut fasa :

  • Pembayaran Fasa 1 bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat
  • Pembayaran Fasa 2 tertakluk pada tarikh yang akan diumumkan kelak (akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

Nota : Pemberian bantuan khas ini dilakukan secara kredit terus ke dalam akaun penerima dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

KATEGORI PENERIMA

Untuk sedia maklum, kategori penerima fasa 1 telah diketahui iaitu bujang, warga emas dan isi rumah (keluarga) akan terlibat. Manakala bagi fasa 2 masih belum diumumkan, dijangkakan kategori isi rumah akan dapat bayaran fasa 2, bagi bujang dan warga emas akan diketahui pada pengumuman rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS STR

Bermula 17 Januari, pihak kerajaan telah membuat portal rasmi untuk semakan sumbangan tunai rahmah. Sila layari laman rasmi MySTR untuk semakan status dan kemaskini maklumat

INFO LANJUT

Terdapat pelbagai jenis inisiatif kerajaan yang diberikan kepada rakyat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan semak senarai bantuan sama ada anda berkelayakan atau tidak sila rujuk portal rasmi kami KLIK DISINI

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button