BantuanBantuan Lain

Pengumuman Bantuan Berjumlah RM 500 Sebulan

 

PENDAHULUAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh JKM kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak untuk menerima bantuan yang dimohon.

Sebagai contoh, pemberian bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat meliputi seluruh golongan termasuklah kanak-kanak, warga tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

BANTUAN ORANG TUA (BOT)

Warga emas adalah golongan yang sepatutnya masyarakat hargai dan tolong. Oleh itu, warga emas atau orang tua merupakan antara golongan yang sentiasa diambil berat oleh pihak kerajaan termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dengan adanya bantuan yang diberikan, sudah tentu akan meringankan beban warga tua lebih-lebih yang tinggal bersendirian tanpa keluarga disisi.

Oleh itu, mereka tidak perlu keluar untuk mencari wang untuk mengisi perut seharian.

JUMLAH BANTUAN ORANG TUA (BOT)

Jumlah bantuan untuk kategori ini sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Pembayaran bantuan untuk tahun 2021 adalah lebih tinggi berbanding 2020 lalu.

Hal ini kerana pihak kerajaan sudah membincangkan dan meluluskan penambahan bantuan bulanan untuk orang tua pada pembentangan Bajet 2021 lalu.

Berikut ialah jumlah bantuan yang akan diterima :

Penambahan bantuan daripada RM 350 kepada RM 500 kepada warga tua yang layak.
  • Penerima yang layak, anda akan menerima bantuan RM 500 setiap bulan atau RM 6,000 untuk setahun.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat kelayakan haruslah diketahui terlebih dahulu sebelum membuat permohonan, berikut ialah syarat kelayakan yang diperlukan 
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Tinggal di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas tidak tinggal di insitiusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
  • Berpendapatan tidak melebih Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita

PANDUAN PERMOHONAN

Berikut ialah panduan untuk anda membuat permohonan bantuan di atas

LANGKAH 1

1. Layari laman web JKM untuk pendaftaran ebantuanjkm.jkm.gov.my

2. Kik butang Daftar Permohonan Atas Talian

3. Anda atau wakil perlu isi dua bahagian iaitu A dan B

4. Setelah selesai, pastikan butiran yang diisi tepat seterusnya klik butang ‘Keputusan’

LANGKAH 2

5. Pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat   yang anda sudah mohon dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan dalam talian     (LANGKAH 1)

6. Anda perlu hadir bersama borang permohonan yang anda boleh muat turun dan isi di bawah 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Anda atau wakil haruslah membawa beberapa dokumen yang dikehendaki seperti di bawah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendaftaran jika bekerja sendiri / tidak bekerja
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air atau bil elektrik
  • Apa-apa jenis dokumen yang anda rasa perlu dibawa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button