Terdapat sebuah bantuan dimana setiap anak yang lahir bermula tahun 2019 menerima bantaun kewangan berbentuk simpanan berjumlah RM 1,000.
ENDOWMENT FUND SARAWAK
Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah sebuah bantuan kepada setiap kelahiran anak Sarawak dalam bentuk simpanan yang lahir bermula 2019 dan seterusnya. Pemberian bantuan ini tanpa mengira agama, bangsa dan sosio-ekonomi.
Selain itu, insentif yang digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak ini bertujuan untuk membantu anak kelahiran Sarawak bagi mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam dewasa kelak.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM 1,000
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Sarawak atau luar Sarawak
- Kedua-dua atau salah satu ibu bapa pemegang MyKad berstatus ‘K’ dan (iv)
- Permohonan boleh dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran
KATEGORI ANAK ANGKAT
Sekiranya anda mempunyai anak angkat, ini adalah kelayakan yang diperlukan
- Kedua-dua ibu bapa atau salah seorang ibu bapa angkat mempunyai MyKad berstatus ‘K’
- Mempunyai sijil anak angkat yang sah
JUMLAH BANTUAN
Pemberian bantuan di dalam program Endowment Fund Sarawak atau EFS adalah berjumlah
- RM 1,000
TARIKH PENGELUARAN
Pengeluaran wang RM 1,000 tersebut hanya boleh dilaksanakan ketika penerima berumur 18 tahun sahaja. Hal ini kerana pemberian RM 1,000 adalah berbentuk simpanan kewangan.
CARA PERMOHONAN
Permohonan bantuan di atas boleh dibuat dimana-mana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak dengan membawa beberapa dokumen yang disahkan oleh pihak JPN seperti
- Borang permohonan bantuan MUAT TURUN
- Salinan sijil kelahiran bayi
- Salinan MyKad ibu bapa kandung / angkat yang berstatus ‘K’
Ini adalah cara permohonan
- Isi borang permohonan dan hantar bersama 2 dokumen sokongan di atas
- Kemudian pihak JPN akan menghantar borang pendaftaran pemohon ke Bank Islam pada setiap 2 minggu
- Bank Islam akan proses borang pendaftaran pemohon
- Bank Islam akan menghantar pemakluman pendaftaran ke alamat pemohon
- Sijl asal boleh dituntut di Bank Islam atau di cawangan yang dilampirkan surat pemakluman tersebut