Terdapat sebuah bantuan dikenali sebagai Skim Suri Cakna yang diberikan untuk golongan B40. Bantuan one-off RM 200 ini dibuka sehingga 31 Januari
Pemberian bantuan ini terbuka kepada setiap suri rumah yang berkelayakan. Sila semak maklumat penuh dibawah.
BANTUAN CAKNA SURI TAHUN 2023
Pemberian bantuan ini kembali diteruskan selepas diperkenalkan pada tahun 2020 lepas. Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah sebagai penghargaan kepada suri rumah.
Selain itu, bantuan ini turut boleh membantu para suri rumah dalam hal ehwal kewangan tambahan pula dengan kos sara hidup yang kian meningkat.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan
- Warganegara Malaysia
- Rakyat Negeri Kelantan sahaja
- Merupakan golongan suri rumah berumur 54 tahun dan ke bawah
- Mempunyai tanggungan seramai 2 orang dan ke atas
- Pendapatan bulanan RM 2,000 dan ke bawah
JUMLAH BAYARAN
Jumlah bayaran bagi skim bantuan Cakna Suri ini adalah berjumlah
- RM 200
Pembayaran adalah secara one-off sahaja iaitu sekali bayar
PERMOHONAN DIBUKA SEHINGGA
Permohonan bantuan Cakna Suri ini akan ditutup pada 31 Januari 2023. Bagi rakyat Kelantan yang berkelayakan sila buat permohonan secepat mungkin.
CARA PERMOHONAN
Ini pula adalah cara permohonan bantuan tersebut. Permohonan perlu dibuat dengan muat turun borang permohonan.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DISINI
Setelah anda selesai muat turun dan cetak borang permohoann berkenaan, anda perlu isi maklumat yang terdapat di borang berkenaan. Pastikan isi maklumat dengan betul.
Setelah selesai isi, sertakan sekali
- salinan kad pengenalan pemohon
- pengesahan nombor
Setelah lengkap, anda perlu hantar secara pos atau serah terus borang dan dokumen berkenaan.
ALAMAT :
PUSAT PEMBANGUNAN KELUARGA MAWADDAH KELANTAN (MAWADDAH CENTRE)
STESEN BAS KKOTA BHARU, LOT 259, SEKSYEN 11
JALAN PENDEK, 15000 KOTA BHARU KELANTAN
Umur 20 tahun katanya boleh dapat
betul ke
Assalamualaikum, saya seorang yang kurang upaya dan dah lama tak berkerja, saya belum mendaftar sebagai ouk,bolehkah Saya dapat bantuan RM200 ini?..
Macam mana saya boleh tahu jika saya dapat atau pun tidak??
Kenderaan rosak
hal pribadi