STR

Kategori Penerima Bagi STR Fasa 2

Pembayaran STR Fasa 1 telah dan bakal berakhir dalam waktu terdekat. Beberapa bulan dari sekarang, bayaran STR Fasa 2 pula bermula. Ini adalah kategori penerima bagi STR Fasa 2.

SUMBANGAN TUNAI RAKYAT (STR)

Sumbangan Tunai Rakyat STR adalah sebuah bantuan kerajaan yang disalurkan kepada individu yang layak.

Pembayaran ini dilaksanakan dalam beberapa fasa dan pembayaran fasa 1 dikreditkan pada bulan ini iaitu Januari 2023.

Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat yang berkeperluan di tambah lagi dengan kos sara hidup yang makin meningkat.

STR FASA 1 DAN SETERUSNYA

Pembayaran STR Fasa 1 telah dikreditkan secara rasmi pada 17 Januari lepas. Dijangkakan pembayaran STR ini akan melalui 4 Fasa sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 lepas.

Manakala, mengenai jumlah bayaran pada STR Fasa 1 adalah berjumlah RM 300 bagi golongan isi rumah.

Serta bantuan RM 100 untuk individu bujang dan warga emas tiada pasangan. Pembayaran dilaksanakan secara berperingkat dan dijangkakan bayaran selesai dalam beberapa hari lagi.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 2

Kategori penerima STR Fasa 2 dijangkakan tiada perubahan dengan Fasa 1. Pembayaran turut dikreditkan kepada golongan yang dikreditkan pada Fasa 1 kecuali terdapat pengecualian yang diumumkan oleh pihak kerajaan kelak.

Setakat ini berikut adalah kategori penerima STR Fasa 2 :

KATEGORI ISI RUMAH

  • Berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menetapi syarat
  • Berpendapatan bulanan di bawah RM 5,000 dan ke bawah

KATEGORI BUJANG

  • Bujang belum berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda/ duda tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 sehingga 59 tahun
  • Berpendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

*Perkara di atas adalah berdasarkan kelayakan bagi BKM 2022

JANGKAAN TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Masih terlalu awal untuk pihak kerajaan umumkan tarikh bayaran STR Fasa 2. Hal ini kerana pembayaran STR Fasa 1 pun belum dikreditkan kepada semua penerima.

Oleh hal itu, dijangkakan pengumuman bakal dibuat kepada orang awam dalam beberapa bulan lagi.

Mengenai jangkaan tarikh bayaran STR Fasa 2 pula, pihak kami jangkakan bayaran STR Fasa 2 bakal dikreditkan pada bulan April atau lebih awal iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Tapi ia hanya sekadar jangkaan. Marilah kita berdoa yang terbaik agar setiap penerima yang layak atau patut layak terima bantuan ini secepat mungkin.


Related Articles

One Comment

  1. Bila boleh update utk STR..??
    Fasa 1 bantuan tak dapat.. Ni nak masuk Fasa 2.. Bila tanya belum buka utk update.. Tak adil utk kami yg tak boleh update dan tak dapat bantuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button