Terdapat sebuah bantuan yang diberikan untuk warga emas berjumlah RM 500 sebulan. Bolehlah anda mohon untuk orang tua sekiranya layak.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
BANTUAN ORANG TUA
Pelbagai bantuan bulanan di bawah pihak JKM ini dan salah satunya adalah Bantuan Orang Tua (BOT). Golongan tua atau warga emas sentiasa diambil berat oleh pihak kerajaan.
Tujuan utama bantuan ini untuk meringankan beban warga emas menyara kehidupan mereka dikala sudah tidak larat keluar mencari rezeki.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan untuk warga emas adalah berjumlah RM 500 sebulan. Sekiranya layak, pembayaran RM 500 setiap bulan bakal dikreditkan.
KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS
Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan untuk terima bantuan di atas
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Malaysia
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Warga emas tersebut tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
- Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
- Berpendapatan tidak melebihi Purata Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Per Kapita
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah panduan untuk permohonan bantuan
LANGKAH 1
- Layari laman web rasmi e-bantuan JKM https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Tekan butang Daftar Permohonan Atas Talian
- Isi setiap butiran yang diperlukan
- Setelah selesai isi, klik butang Keputusan
LANGKAH 2
- Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan di atas dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online
- Hadir bersama borang permohonan yang anda boleh muat turun dan isi butirannya
BORANG JKM 18 – PERMOHONAN chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbkDoc/BorangJKM/JKM18.pdf
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Hadir bersama beberapa dokumen berikut
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon
- Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendaftaran jika bekerja sendiri / tidak bekerja
- Bawa salah satu bil seperti bil elektrik, telefon yang menunjukkan alamat rumah
- Mana-mana dokumen yang perlu dibawa
One Comment