Bantuan RM 800 Kepada Yang Belum Bekerja

 

Program Perantisan 

Program yang dikenali sebagai PERANTISAN ini ialah terbuka kepada belia yang belum bekerja untuk memohon di bawah program ini yang telah dilaksanakan pada PEMERKASA lepas.


Program ini telah ditambah baik selepas mendengar maklum balas daripada pihak industri. Oleh itu, Program Perantisan PERKESO yang dibawah PenjanaKerjaya 2.0 adalah lebih baik daripada program sebelumnya.

Sebagai contoh, Program Perantisan telah memanjangkan tempoh sehingga 6 bulan untuk memastikan belia mendapat latihan yang mencukupi.

Jumlah Bantuan

Kepada permohonan baharu, tempoh latihan akan diberikan sehingga 6 bulan. Manakala insentif yang bakal diterima ialah sebanyak 
  • RM 800
Tarikh Permohonan

Permohonan sudah dibuka bermula
  • 1 April lalu
Syarat-Syarat Yang Diperlukan

1) Syarat Majikan
  • Majikan hanya menggajikan graduan atau lepasan sekolah di antara 18-30 tahun sahaja.
  • Majikan boleh menggajikan mana-mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh badan-badan yang berkelayakan.
  • Setiap perantis yang tersenarai hanya boleh ikuti 1 kursus sahaja.
  • Selain itu, majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatkan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan.
2) Syarat Perantis
  • Calon adalah seorang dari kalangan lepasan sekolah atau
  • Graduan yang masih menganggur

Tidak Layak Memohon

Anda tidak layak memohon sekiranya : 
  • Syarikat yang mengambil pelajar Internship
  • Bukan warganegara Malaysia
  • Pelajar yang belum tamat pengajian

Cara Permohonan


1. Untuk Majikan
2. Perantis / Pemohon 
Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan program di atas, anda boleh hubungi di talian
  • 1-300-22-8000

 

Leave a Comment