Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) semakan hampir. Walau bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat yang lebih terperinci mengenai bantuan tersebut. Oleh hal demikian, artikel pada kali ini adalah mengenai kemas kini Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023.
BANTUAN TUNAI RAKYAT
Sebelum kita masuk topik kemas kini BTR 2023, marilah kita ketahui terlebih dahulu apa itu BTR. Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara beberapa peringkat pembayaran.
Tujuan untuk pelaksanaan bantuan ini ialah untuk meringankan beban rakyat.
PORTAL RASMI BANTUAN TUNAI RAKYAT
Mesti anda tertanya-tanya apakah portal rasmi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 ini. Untuk pengetahuan tuan dan puan, portal rasmi BTR 2023 masih menggunakan portal rasmi BKM 2022 iaitu bkm.hasil.gov.my. Perkara tersebut diumumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
SEMAKAN STATUS BTR 2023
Semakan status pembayaran BTR 2023 boleh dibuat melalui bkm.hasil.gov.my
- Log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad
- Klik Butang Semak
- Sahkan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Katta Laluan
- Dan Log Masuk
PERMOHONAN BAHARU DAN KEMAS KINI BTR 2023
Buat masa sekarang permohonan baharu dan kemas kini BTR 2023 masih belum dibuka kepada rakyat. Oleh hal demikian, sekiranya pembayaran BTR Fasa 1 dilakukan dalam masa terdekat, pembayaran tersebut bakal menggunakan data penerima BKM 2022.
Sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh permohonan baru dan kemas kini BTR 2023 akan kami maklumkan kepada anda.
BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Bantuan berjumlah RM 300 bakal disalurkan kepada kategori isi rumah. Manakala RM 100 untuk bujang. Mengenai tarikh bayaran pula, belum diumumkan setakat ini. Pembayaran selewat-lewatnya adalah pada 31 Januari 2023 ini.
CARA BAYARAN
Buat penerima termasuklah isi rumah, warga emas, bujang, ibu bapa tunggal dan lain-lain yang mempunyai akaun bank yang aktif bakal dibayar secara kredit ke akaun bank masing-masing.
Manakala untuk penerima tiada akaun bank, tinggal di kawasan pedalaman atau gagal kredit, anda boleh membuat penebusan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.