Sebelum ini, Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 2024 telahpun disalurkan. Namun, kerajaan turut menambah pemberian bantuan kepada penerima STR iaitu bantuan tambahan sebanyak RM100 hingga RM600 yang disalurkan setiap bulan sepanjang tahun kepada mereka yang layak.
Bantuan Tambahan STR (SARA)
Bantuan tambahan STR yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya seluruh Malaysia dengan menggunakan MyKad sahaja.
SARA Bagi Sabah, Sarawak Dan Labuan
Bantuan SARA bagi Sabah, Sarawak dan Labuan adalah berbentuk WANG TUNAI yang boleh di tebus melalui Bank Simpanan Nasional, berbeza dengan Bantuan SARA bagi semenanjung yang mana bayaran adalah berbentuk kredit.
Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun dan jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori.
Kategori Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 600 (19 Februari)
- RM 600 (12 Ogos)
Kategori Bujang
- RM 300 (19 Februari)
- RM 300 (12 Ogos)
Semakan Penerima BAntuan SARA
Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan kementerian dan agensi kerajaan.
Anda boleh membuat semakan di laman rasmi MyKasih berikut :