Terkini STR : Bayaran Fasa 2 Disalurkan Dalam Minggu ini

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Sama seperti bayaran STR sebelum ini dilakukan secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4.

Kategori Penerima STR 2024

  • Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
  • Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )

Jumlah Keseluruhan Bayaran Mengikut Kategori

  1. ISI RUMAH : Pendapatan Kurang Dari RM2500
  • 5 Anak Keatas – RM2500
  • 3 – 4 Anak – RM2000
  • 1 – 2 Anak – RM 1500
  • Tiada Anak – RM1000

2. ISI RUMAH : Pendapatan RM2501 – RM5000

  • 5 Anak Keatas – RM1250
  • 3 – 4 Anak – RM1000
  • 1 – 2 Anak – RM750
  • Tiada Anak – RM500

3. WARGA EMAS SEBATANG KARA : Pendapatan Kurang Dari RM5000

  • RM600

4. BUJANG & BUJANG OKU : Pendapatan Kurang Dari RM2500

  • RM350

Bayaran Fasa 2 Disalurkan Bermula Minggu Ini

seperti yang sedia maklum, bayaran fasa 1 telahpun selesai disalurkan pada bulan Januari lepas.

Manakala, Kementerian Kewangan akan mula menyalurkan bayaran STR fasa 2 bermula hari esok 3 April 2024 sehingga selesai kepada semua penerima berdaftar.

Leave a Comment