BantuanSTR

Bayaran Bagi Kategori Bujang Yang Layak STR Fasa 4 Kini Dikreditkan

Bantuan yang dinyatakan ini adalah dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 yang mana disalurkan secara berfasa dan kini telah mencapai Fasa ke – 4 yang akan disalurkan pada bulan november ini. Bantuan ini akan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

Kategori Penerima STR Fasa 4

  • ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR )
  • WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )
  • BUJANG

Kategori Bujang Yang Layak Menerima STR Fasa 4

Untuk pengetahuan anda, bagi kategori bujang yang telah menerima keseluruhan jumlah bantuan sebanyak RM350 pada fasa 1 – fasa 3 tidak akan menerima bayaran pada Fasa 4.

Akan tetapi, Bagi mereka yang lulus rayuan STR Fasa 3 danĀ bukan penerima Fasa 1 dan 2, anda akan menerima bayaran STR Fasa 4.

Bayaran Telah Dikreditkan

Untuk pengetahuan anda, bayaran bagi STR Fasa 4 ini telah mula dikreditkan bermula 7 November dan masih berlanjutan sehingga selesai. Apa yang pasti, semua penerima akan menerima bantuan STR Fasa 4 sebelum perayaan Hari Deepavali sebagai persediaan untuk menyambut perayaan tersebut bagi rakyat penganut Hindu.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan atau anda ingin membuat semakan STR, anda boleh melayari langsung laman web rasmi berikut,

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button