Terdapat sebuah bantuan bulanan di bawah program BINGKAS disalurkan setiap bulan kepada rakyat yang layak.
Untuk makluman, bantuan ini adalah merupakan bantuan khas untuk rakyat yang dikenali sebagai bantuan barang dapur berjumlah RM300.
Bantuan Barang Dapur
Berita baik untuk penduduk Selangor yang memenuhi syarat kelayakan. Kerajaan Selangor dalam belanjawan 2023 lepas telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
Bantuan barang dapur berjumlah RM300 ini pada umumnya diberikan kepada rakyat selangor untuk membantu meringankan beban belanja dapur mereka.
BINGKAS
BINGKAS adala singkatan bagi Bantuan Kehidupan Sejahera Selangor merupakan bantuan Bernilai RM300 dalam bentuk ewallet dimana setiap bulan ada dikreditKan kepada pemohon yang layak untuk membeli barang keperluan harian. Info dari laman sesawang bingkas, bantuan ini disalurkan kepada 30000 keluarga penduduk Selangor.
Bantuan ini lebih tertumpu pada keperluan barang dapur. Akan tetapi, barangan keperluan yang lain juga turut boleh digunakan dalam pembelian ewallet ini.
Manfaat Bantuan
Berikut adalah manfaat yang akan diperoleh untuk rakyat yang menerima bantuan ini.
- e-wallet BINGKAS boleh diguna di kedai dan pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas berjumlah RM300
- E-wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
Syarat Kelayakan
berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima bantuan ini :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau dah Menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Keluarga yang mempunyai tanggungan dengan usia bawah 18 tahun
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
- Bayaran akan dikreditkan pada setiap bulan kepada penerima yang layak
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut atau apa-apa pertanyaan, anda boleh melayari langsung ke portal rasmi BINGKAS berikut